Peguam buka mulut dedah punca sebenar Syamsul Yusof fail cerai Ira Kazar di Mahkamah

Photo of author

By Joe

Peguam buka mulut dedah punca sebenar Syamsul Yusof fail cerai Ira Kazar di Mahkamah. Hari ini tular berita mengenai pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof yang telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Menurut peguam Syamsul, berita tersebut adalah benar dan permohonan perceraian telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, lapor Harian Metro.

“Setakat ini, ia masih di peringkat awal pemfailan dan maklumat mengenai perkara ini akan diberikan oleh mahkamah kelak,” kata Peguam Syarie Azmi Mohd Rais.

Peguam buka mulut dedah punca sebenar Syamsul Yusof fail cerai Ira Kazar di Mahkamah

Sebutan kes untuk permohonan tersebut masih belum ditetapkan.

Pada awal Januari 2023, Syamsul mengesahkan bahawa dia telah melangsungkan perkahwinan dengan Ira di Thailand dan berwalikan bapa Ira sendiri, Kazar Saisi.

Berita perkahwinan barunya pada waktu itu menjadi bualan ramai selepas bekas isteri pertamanya, Puteri Sarah, mendedahkan bahawa Syamsul telah berkahwin baharu secara diam-diam.

Hubungan mereka berakhir selepas Syamsul menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Jun 2023.

Baca Lagi:
“First time tengok buaya pakai ‘pampers’”- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur
“Disuruh minum air janggut, air gigi, air rambut dan air kaki sekali untuk ambil berkat”- Dr Maza
‘Hari jadi yang bermakna’- Reaksi atuk naik kereta tanpa pemandu raih perhatian ramai