Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga ‘Kantoi’ sorok minyak masak dalam tong sampah

Photo of author

By Joe

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga ‘Kantoi’ sorok minyak masak dalam tong sampah. Menerusi video tular, kelihatan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Perak menjumpai 13 paket minyak masak di dalam tong sampah yang disorokkan oleh peniaga kedai runcit di stor.

Umum mengetahui bahawa barang kawalan seperti beras, gula pasir, tepung gandum, dan minyak masak paket merupakan subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Namun, masih banyak pihak yang menyalahgunakannya.

Sebelum ini, seorang pembeli meluahkan rasa marah apabila peniaga kedai runcit bertindak menyorokkan stok minyak masak paket di dalam stor. Kelihatan juga staf kedai tersebut mengangkat stok minyak yang banyak itu ke dalam but sebuah kereta yang dipercayai milik individu lain.

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Walaupun pelanggan terbabit telah mengugut untuk menularkan isu tersebut, pekerja berkenaan dilihat tetap mengabaikannya.

Pengurus Kedai Runcit Dakwa Minyak Paket Kehabisan Stok

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Perak (@kpdn_perak) mendedahkan sikap pengurus kedai runcit yang tidak jujur dalam berniaga.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pegawai KPDN sedang menyamar sebagai seorang pelanggan untuk membeli minyak paket. Menurut si penjual, minyak masak paket pada ketika itu sudah kehabisan stok.

“Dia sampai (minyak paket) tapi dah hujung tahun ni, diorang (pembekal) masing-masing dah tutup (tak ada) stok,” ujar lelaki terbabit.

Peniaga Simpan Minyak Masak Paket Dalam Tong Sampah

Tidak lama selepas itu, kelihatan dua pegawai KPDN menerjah kedai runcit berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan barangan kawalan. Pihak mereka mendapati peniaga mempunyai lesen yang sah untuk penjualan barang seperti gula, tepung, dan juga minyak masak paket.

Apabila memeriksa ruangan rak, pengurus kedai itu menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai stok minyak masak paket. Bagi memastikan perkara tersebut, KPDN telah bertindak menyerbu stor dan mencari barang subsidi terbabit.

Seperti yang disangka, pekerja telah menyorokkan beberapa kampit minyak paket. Lebih teruk lagi, lelaki itu menyimpan barangan terbabit di dalam tong sampah.

“Ini bukan untuk dijual. Ini untuk kegunaan staf saya,” ujar peniaga itu.

Peniaga Dakwa Ada Asingkan Stok Minyak Paket Untuk Dijual Kepada Pelanggan

Tegas pihak KPDN, peniaga sepatutnya mengutamakan penjualan barang kepada pengguna akhir.

“Berapa (minyak paket) dalam (tong sampah) ni? Nampak abang pun tak tahu. Sepatutnya kita ni sebagai peniaga kena jual (barang) dekat end user (pengguna akhir) bukannya kepada individu tertentu,” jelas penguatkuasa.

Kata pekerja itu lagi, dia ada menyimpan sedikit stok untuk dijual kepada pelanggan. Bagaimanapun, dia tidak dapat menunjukkan bukti transaksi pembelian kepada pegawai KPDN terbabit.

“Dekat situ dah jelas, kiranya memang tak dipamerkan untuk jualanlah. Kiranya ada berapa ni (minyak), 13? Itu pengakuan abang tak apa kita akan jalankan kita punya tindakan.
“Waktu pegawai kita berpakaian preman (pakaian biasa) datang, abang sendiri ada dekat kaunter. Dan dia sendiri meminta untuk membeli minyak masak paket. Apa yang abang cakap dekat dia? Abang sendiri cakap minyak paket tak ada,” ujar pegawai KPDN berkenaan.

Menurut pihak mereka lagi, peniaga boleh disabit atas kesalahan memiliki barang kawalan tetapi enggan untuk menjual atau di bawah kesalahan menyorokkan barang kawalan.

Boleh Didenda RM1 Juta Jika Disabit Kesalahan

Untuk info, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan menyembunyikan minyak masak paket boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan boleh didenda seperti berikut:

Individu: Didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM3,000,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

Syarikat: Didenda tidak melebihi RM2,000,000. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM5,000,000.

Ramai Bengang Dengan Sikap Penjual Yang Tak Jujur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan tindakan peniaga yang menyalahgunakan kuasa sebagai penjual.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan peniaga yang menyorokkan barang kawalan.

“Ada satu kedai ni aku pernah tanya minyak masak paket ada ke tak. Dia cakap tak ada. Tiba-tiba pekerja dia bawa beberapa kampit minyak masak masuk dalam stor. Masa tanya cakap tak ada,” ujar seorang pengguna TikTok.

Menurut KPDN, pengguna boleh menyalurkan aduan rasmi kepada pihak mereka secara atas talian di sistem eAduan KPDN.

@kpdn_perak Peniaga Sorok Minyak Masak dalam Tong Sampah.. #harga #minyakmasakpaket #minyakmasak #telukintan #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak ♬ original sound – KPDN PERAK

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Pegawai menyamar sebagai pelanggan, peniaga 'Kantoi' sorok minyak masak dalam tong sampah

Baca Lagi:
Wanita anak empat sanggup bercerai dengan suami kerana gilakan jutawan UK
Wanita dedah suaminya baik tapi suka layan video lucah, wanita seksi
Doktor perubatan didakwa rakam video punggung wanita mengaku tidak bersalah