Pegawai Maritim Malaysia bertugas di LIMA ’23 hilang di Gunung Mat Chincang Langkawi

Pegawai Maritim Malaysia bertugas di LIMA ’23 hilang di Gunung Mat Chincang Langkawi

Pegawai Maritim Malaysia bertugas di LIMA ’23 hilang di Gunung Mat Chincang Langkawi. Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dikhuatiri hilang semasa mendaki di Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd. Ridhaudden Rosman, 32, pada pukul 12.47 pagi ini.

Katanya, mangsa bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) Maritim Malaysia Putrajaya dan berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

Pegawai Maritim Malaysia bertugas di LIMA '23 hilang di Gunung Mat Chincang Langkawi

“Siasatan mendapati motosikal yang digunakan mangsa masih berada di kawasan letak kereta kawasan air terjun Telaga Tujuh.
“Mangsa dipercayai telah ke lokasi itu bukan untuk tujuan tugasan dan memuat naik status di aplikasi media sosial pada pukul 4.45 petang dan berkomunikasi dengan isterinya pada pukul 5.25 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, pencarian dimulakan seawal pukul 2 pagi yang melibatkan 23 pegawai dan 68 anggota polis, bomba, Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pencarian turut melibatkan 15 orang awam yang mahir tentang laluan di kawasan gunung itu selain membabitkan kekuatan dan aset darat dan udara.

Baca Lagi:
Di tuduh curi barang kemas majikan, pembantu rumah dirantai dalam tandas sampai lesu
Harga petai “cekik darah”, 200gram dijual RM113.90
Penyebaran ajaran sesat ‘Yahudi’ berlaku di pondok dibimbangi menular di Malaysia
CATEGORIES