Pegawai Khas Hannah Yeoh letak jawatan

Pegawai Khas Hannah Yeoh letak jawatan

Pegawai Khas Hannah Yeoh letak jawatan. Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long mengesahkan sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurutnya, notis peletakan jawatan berkenaan telah dihantar sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab peletakan jawatan tidak dinyatakan oleh Luqman.

Pegawai Khas Hannah Yeoh letak jawatan

“Saya dah maklum untuk berhenti sejak minggu pertama bulan April 2023 lagi.
“Notis sebulan, pejabat pun dah tahu lama. Huru-hara semua bila saya tegur pasal rumah terbuka,” katanya menerusi ciapan Twitter pada Sabtu.

Pegawai Khas Hannah Yeoh letak jawatan

Luqman dilantik bagi jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) pada Disember tahun lalu susulan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Baru-baru ini, Luqman mencetuskan kontroversi apabila beliau mengkritik, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rumah terbuka Aidilfitri yang bakal dianjurkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu berbanding kediaman rasminya di Putrajaya.

Baca Lagi:
Pengutip sampah jumpa batu bernilai RM2.9 juta, rupanya ini fungsi dia yang buat harga cecah juta
Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan
Lelaki dedah kenapa jangan ambil duit kalau jumpa di tempat ini
CATEGORIES