Pegawai keselamatan Brazil tembak penjaga gol ketika leraikan kekecohan. Pasukan bola sepak Gremio Anapolis menyuarakan kekesalannya terhadap tindakan keganasan oleh seorang anggota keselamatan dari Specialised Policing Company (CPE) yang menembak penjaga gol mereka semasa perlawanan negeri di Brazil.
Pemain Ramon Souza terkena tembakan peluru getah semasa kekecohan berlaku melibatkan pasukan Centro Oeste selepas kekalahan 1-2 di Stadium Jonas Duarte, pagi tadi.
Pasukan Gremio bertekad untuk mengambil langkah yang sesuai supaya individu yang bertanggungjawab dikenakan hukuman, dan untuk memastikan keadilan dilaksanakan agar perbuatan jenayah seperti ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Souza kemudian sempat dirawat oleh doktor pasukan, Dr Diego Bento, sebelum diberikan bantuan kecemasan di dalam ambulans.
🇦🇹 | *Goleiro do meu time franga*
Eu: pic.twitter.com/lvH13KkUkd
— Brasileirão da Opressão (@brasileiraoopre) July 11, 2024