PDRM umum pertukaran 18 pegawai kanan dan kenaikan pangkat

PDRM umum pertukaran 18 pegawai kanan dan kenaikan pangkat

PDRM umum pertukaran 18 pegawai kanan dan kenaikan pangkat. Seramai 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditukarkan serta dinaikkan pangkat berkuat kuasa 22 Mei depan.

Mendahului senarai, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang akan memegang jawatan sebagai Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh akan menerajui Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

PDRM umum pertukaran 18 pegawai kanan dan kenaikan pangkat

Katanya, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd. Roze Shaari ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) manakala Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob akan memangku jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

“Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd. Noor pula bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
“Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pertukaran itu turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali yang akan memegang jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Jelasnya, kekosongan ditinggalkan Mohamad Noor akan diisi oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha.

“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid bertukar ke Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur.

“Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan, Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Asisten Komisioner Arifai Tarawe bertukar ke Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Baca Lagi:
Cuti tambahan raya, Mydin rugi setengah juta
Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi
Duit kertas koyak atau rosak jangan dibuang kerana ada cara untuk dapatkan duit baru balik
CATEGORIES