‘Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi’

Photo of author

By Joe

‘Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi’. Masih ingatkah pada kisah peniaga makanan yang menjual hidangan kurang bersih, basi, dan tidak menepati standard sekitar bulan puasa lalu?

Nampaknya, kejadian serupa berulang kembali. Melalui perkongsian di laman Twitter, seorang netizen mendakwa bahawa sup perut yang dibeli dengan harga RM20 tidak dicuci dengan bersih.

“Beli sup perut RM20. Kononnya kedai itu ramai orang kata sedap. Jadi, kita pun terliur dan beli bungkus untuk makan di rumah.

'Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi'

“Apabila nak panaskan sup itu, bau busuk. Bila diperiksa, ada dua ketul perut bulat yang penuh dengan kotoran. Bila hubungi peniaga, dia cakap itu lemak dalam perut.

Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan kotoran,” tulisnya.

Melalui ruangan balas, ramai yang mengkritik peniaga berkenaan kerana tidak mencuci perut tersebut sebelum dijadikan hidangan.

'Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi'

“Takkanlah orang tak tahu beza tahi dengan lemak kan? Perut ni memang kena cuci dan rebus dengan bahan-bahan tertentu untuk hilangkan bau, bukan senang.”

“Tengok gambar pun dah boleh agak macam mana baunya. Terbau sampai ke sini.”

“Sebagai peniaga, memang ada yang ambil ringan tentang kebersihan. Sama ada mereka terlepas pandang atau basuh dengan acuh tak acuh.

Pelanggan patut minta refund dan peniaga harus memberikan refund sebab ini melibatkan reputasi bisnes dan kesan jangka panjang. Ambil sebagai pengalaman dan pengajaran.”

Baca Lagi:
Rotiboy umum bakal tutup cawangan KLCC setelah 21 tahun beroperasi
Anak darjah 5 balik sekolah terkejut tengok bapa tengah ‘ratah’ kakak
Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200