Patutlah on aircond tak sejuk, rupanya ini ‘horse power’ aircond yang betul ikut ruang. Dengan Malaysia mengalami cuaca yang panas, ramai di kalangan kita telah mula memasang penyaman udara supaya lebih selesa.
Namun, perhatikanlah, walaupun anda sudah memasang penyaman udara di ruang tamu atau bilik, anda mungkin masih merasakan kurangnya kesejukan. Ini kerana, kuasa penyaman udara mungkin tidak mencukupi untuk menyediakan udara yang cukup sejuk kepada ruang yang besar.
CARA PILIH PENYAMAN UDARA IKUT SAIZ BILIK
Jadi, TNB Careline berkongsi tips untuk membuat pemilihan penyaman udara berdasarkan kuasa angin mengikut keluasan ruang rumah.
Apabila hendak membeli penyaman udara baru, pastikan Horse Power (HP) bersesuaian dengan saiz bilik. Jika Horse Power terlalu rendah, penyaman udara akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyejukkan bilik.
Jadi, sebelum membeli, ukur keluasan bilik terlebih dahulu, ya? Jika ingin penyaman udara yang lebih efisien, carilah yang mempunyai label cekap tenaga 4-5 bintang supaya bil elektrik rumah tidak meningkat secara mendadak. Berikut merupakan cara untuk mengira keperluan tenaga penyaman udara mengikut saiz ruang yang dikongsi oleh saudara Wan Muhammad Arshad.
Cara pengiraannya:
Faktor kuasa=80
9000 btu/h=1 hp
Jadi jika bilik anda saiznya 10kaki X 10 kaki:
10×10=100
100×80=8000
8000/9000=0.89hp
Jadi penyaman udara yang sesuai untuk bilik anda ialah 1HP. Di bawah merupakan jadual yang telah disediakan oleh TNB Malaysia.