“Patutlah lambat kaya, rupanya kita semua salah tempat simpan duit”

“Patutlah lambat kaya, rupanya kita semua salah tempat simpan duit”

“Patutlah lambat kaya, rupanya kita semua salah tempat simpan duit”. Ramai yang ingin hidup selesa tetapi cuai dalam soal pengurusan kewangan.

Kuncinya adalah daripada segi corak perbelanjaan anda. Sekiranya pendapatan masuk ke dalam akaun, tetapi pengeluarannya jauh lebih besar, maka simpanan anda menjadi negatif.

Ayuh kita lihat perkongsian daripada pakar kewangan, Adam Zubir mengenai tip untuk kekal kaya.

"Patutlah lambat kaya, rupanya kita semua salah tempat simpan duit"

1) Jangan biarkan duit anda dalam bank

Tahukah anda, duit yang ditinggalkan begitu sahaja di dalam bank akan ‘dimakan’ dan dimamah oleh inflasi.

Lebih baik jika duit itu dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji atau pembelian emas daripada agensi yang berlesen.

Melalui cara ini, duit anda akan ‘beranak’ tanpa perlu berbuat apa-apa, pastinya menguntungkan.

2) Jangan berhutang untuk membeli barangan mewah

Sekiranya anda terlampau banyak berbelanja dengan berhutang, hutang itu akan bertambah dari semasa ke semasa dan akhirnya aliran kewangan anda bakal terbelenggu.

Ringkasannya, jangan beli barang yang anda tidak perlukan dengan duit yang anda tidak ada (hutang) semata-mata kerana mahu kelihatan megah pada pandangan orang yang anda tidak suka.

3) Jangan terpedaya untuk melabur di tempat yang meragukan

Antaranya petanda awal sesebuah agensi kewangan itu tidak boleh dipercayai adalah tawaran pulangan yang tidak logik dek akal.

Ingat, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya di dunia ini.

Baca Lagi:
Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya
Kenapa ya kita selalu sebut RM1,000 jadi 1K?
Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call
CATEGORIES