
“Patut la alas meja rumah hilang”, netizen sindir pasal baju Eyka Farhana pakai
“Patut la alas meja rumah hilang”, netizen sindir pasal baju Eyka Farhana pakai. Penampilan pelakon Eyka Farhana menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram mengundang perhatian ramai netizen baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mempromosikan produk pengering rambut bagi satu jenama peralatan elektronik terkenal.
Bagaimanapun, dress pendek yang digayakan pelakon berusia 27 tahun itu m3njadi bahan gurauan apabila rekaannya disamakan seperti alas meja kerana berbentuk ‘ala-ala’ geometri.
Difahamkan, Eyka memakai kain berwarna kulit di bahagian dalam tetapi masih ada individu yang mengatakan video berkenaan menyakitkan matanya.
Patut la alas meja rumah hilang
Kena ada satu ni kat rumah. Goda2 suami…malas nak g salon pkai tudung rosak blik haishhh
Kalau sengsowg.. Xjd ceni weh kne pakar hairstylist gak
Eyka pakai ‘inner’ la
Baju alas meja pun x pa… Jnji tuan tu comey lotey
Namun begitu, pelakon drama Budak Tebing itu dilihat memilih untuk tidak memberi respon berhubung gurauan tersebut.
Terdahulu, Eyka mengakui t3rasa hati apabila sering menjadi mangsa kecaman n3tizen melibatkan penampilannya yang dikatakan s3makin s3ksi.
Dia berkata, seksi adalah satu perkara yang subjektif dan bergantung penerimaan orang ramai terhadap dirinya.
Video:
— RedsJakes (@RedsJakes) December 29, 2022