Pasangan suami isteri tunggang ‘kapcai’ ke Mekah selama 67 hari

Pasangan suami isteri tunggang ‘kapcai’ ke Mekah selama 67 hari

Pasangan suami isteri tunggang ‘kapcai’ ke Mekah selama 67 hari. Menempuh perjalanan sejauh kira-kira 13,500 kilometer dari Melaka menuju ke Tanah Suci Mekah dengan hanya menunggang ‘kapcai’ pada 2019, kekal menjadi pengalaman paling berharga buat pasangan suami isteri, Mohd. Suhaidy Alias dan Zuliana Zakaria.

Mohd. Suhaidy, 44, berkata, pengembaraan untuk menunaikan umrah itu mengambil masa hampir 67 hari berbekalkan motosikal Honda RS150 semata-mata ingin merasai kepuasan meneroka negara orang.

Katanya, perancangan melaksanakan ekspedisi luar biasa berkenaan bermula seawal 2010, namun hanya dapat dijayakan sembilan tahun kemudian memandangkan perjalanan sejauh itu dengan menunggang motosikal enjin bersesaran kecil pastinya memerlukan persiapan teliti dan rapi.

Pasangan suami isteri tunggang ‘kapcai’ ke Mekah selama 67 hari

“Niat ini tercetus apabila isteri mengajak menunaikan umrah pada 2010. Ketika itu timbul idea untuk menunggang motosikal dari Melaka ke Mekah. Saya mengambil masa sembilan tahun memujuk isteri dan merancang perjalanan tersebut sebelum ia direalisasikan pada 2019.
“Mental dan emosi kami diuji terutama ketika tiba di India. Tapi pada waktu itu juga banyak mengajar kami tentang persefahaman sebagai suami isteri, selain bagaimana memahami adat dan budaya luar.
“Perjalanan jauh beribu kilometer memang menguji mental dan fizikal, terutama apabila berada di negara asing yang tidak pernah kami lalui sebelum ini. Hanya doa menjadi senjata kami semoga Allah mempermudah segala urusan menunaikan umrah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mohd. Suhaidy dan Zuliana adalah penerima Anugerah Khas Tokoh Bikers sempena Melaka Bike Week 2022 yang berlangsung di Universiti Melaka (UniMel), Kuala Sungai Baru di sini, hujung minggu lalu yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu, Zuliana, 41, berkata, ditahan sekumpulan anak muda semasa di Iran adalah antara pengalaman paling cemas pernah dilalui mereka berdua.

“Sejujurnya kami kurang pasti niat mereka, namun perasaan takut dan gelisah memang ada, apatah lagi kami hanya menunggang motosikal. Suami bertekad meredah kumpulan itu dengan memecut motosikal, selebihnya kami hanya bertawakal kepada Allah,” katanya.

Baca Lagi:
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
MB Negeri Sembilan sedia lepas jawatan
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
CATEGORIES