Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting

Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting

Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting. Tindakan melampau dua orang lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dikecam apabila perbuatan mereka itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman yang dimuatnaik di Twitter rasmi Info Kuala Langat, difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah surau di Pekan Banting, Selangor.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.

Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu kemudian beredar dari surau berkenaan tidak lama kemudian.

Tinjauan di media sosial mendapati, orang ramai mengecam kelakuan tidak senonoh dua lelaki terbabit dan berharap pihak berkuasa dapat menahan mereka.

“Boleh zoom nampak muka si pelaku kan? Viralkan sampai jumpa, pihak yang berwajib harus ambil tindakan ke atas pelaku ini. Buat malu orang Islam saja,” kata Cik Siti.

“Melampau betul geng LGBT ini,” kata Hazwan.

“Jijik betul. Kalau ya pun macam itu, janganlah dekat situ. Allahu, tak hormat rumah tuhan,” kata Kucen.

“Nasib tak kena panah petir,” kata Faris.

Baca Lagi:
Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
CATEGORIES