Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan.

Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini hari ini.

Lelaki berusia 40-an dan pasangannya 20-an dicekup dalam operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekup selepas gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Pasangan cef berkenaan ditangkap oleh penguat kuasa JAIM dalam operasi di sebuah hotel bajet di Banda Hilir, Melaka

Katanya, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengakui telah berkahwin, namun tinggal berjauhan dengan si isteri sejak dua tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak.

“Pasangan kekasih itu mendakwa mereka bekerja sebagai cef di hotel di sini dan menginap untuk berehat.

“Lelaki berkenaan bagaimanapun mengakui telah berkahwin tetapi isterinya menetap dan bekerja di Selangor bersama-sama tiga orang anak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Che Sukri memberitahu, pasangan itu juga mengakui telah menjalinkan hubungan sulit sejak setahun yang lalu dan kerap menginap bersama.

“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki tersebut yang merupakan suami orang. Pasangan ini kita berjaya cekup selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca lagi:  Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

[VIDEO] Isteri terjatuh motosikal setelah suami teruja bantu mangsa kemalangan

Kereta Myvi tak laku di Indonesia

CATEGORIES
TAGS