Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap

Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap

Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap. Sikap biadap seorang lelaki warga Bangladesh yang terus berdegil menurunkan Jalur Gemilang yang dipasangnya terbalik di sebuah pangsapuri di daerah ini, memakan diri apabila dicekup polis semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan hasil laporan penduduk mengenai isu tular berkenaan, kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan itu melibatkan seorang penghuni yang bertindak memasang bendera secara terbalik di luar kediamannya.

Pasang jalur gemilang terbalik, lelaki bangladesh ditangkap

“Pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati namun individu itu melawan dan melakukan provokasi enggan membetulkan bendera tersebut.

“Justeru, satu laporan polis dibuat pengerusi itu bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat membawa kepada penahanan suspek yang juga operator pengeluaran sebuah kilang di daerah ini.

“Lelaki Bangladesh itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Tegas Vijaya Rao, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati kedaulatan dan keamanan negara ini.

Baca Lagi:
Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian
Wanita ini bernazar ingin kahwin kalau Anwar Ibrahim jadi PM10, akhirnya terpaksa minta tolong orang ramai cari jodoh segera
Bercinta secara online…wanita dibunuh mayat dicincang dan organ dicuri teman lelaki
CATEGORIES