‘PAS tidak kalah, cuma belum menang’

‘PAS tidak kalah, cuma belum menang’

‘PAS tidak kalah, cuma belum menang’. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menegaskan Pas sebenarnya tidak kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, cuma belum menang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau bersyukur kerana Pas berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani yang pernah dimenangi parti berkenaan, pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 lalu.

Pas tidak kalah, cuma belum menang

“Alhamdulillah. Pas menang kembali kerusi DUN Maharani yang pernah dimenangi dulu pada 2008 dan 2013. Boleh menang semula juga kerusi Bukit Pasir jika dicampur dengan undi bekas YB Pas yang bertanding bebas.

“13 kerusi lagi Pas tidak kalah cuma belum menang tetapi Insya- ALLAH terus menang mendapat reda ALLAH. Kalah itu biasa bagi Pas. Menang itu luar biasa. Pas bersedia untuk kalah dan menang dalam pilihan raya kerana neraca kemenangan Pas bukan pada angka undi tetapi pada kerja-kerja perjuangan yang dilaksanakan,” katanya.

Untuk rekod Pas hanya menang satu daripada 15 kerusi dipertandingan pada PRN Johor kali iaitu DUN Maharani selepas calonnya Abdul Aziz Talib memperoleh majoriti, 1,037 kerusi dalam pertembungan lima penjuru menentang calon PH, Nor Hayati Bachok; Noor Farah Shamsudin (BN), Lim Kim Joo (Bebas), Riad Ahmad (Pejuang) dan Hanis Asmui (PBM).

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, Pas boleh terus berjihad sebagai pembangkang kepada kerajaan.

“Pembangkang yang mesra dan bersikap matang. Meskipun belum menang di Johor, Pas masih akan terus mencuba dengan strategi yang baru untuk PRU.

“Muhasabah boleh dibuat namun ahli tetap akan terus patuh dengan arahan kepimpinan, maka kepimpinan mesti membuat keputusan strategi yang lebih tepat dengan kajian yang lebih halus. Harus mendengar pandangan ahli bawahan dan jentera tempatan yang hidup bergelumang dengan rakyat setempat untuk kita mengukur baju di badan sendiri.

“Kerja dakwah diteruskan. Ahli dan penyokong perlu ditambah dan cawangan-cawangan Pas perlu terus dibuka bermula sekarang. Satu hari kemenangan pilihan raya akan dicipta juga cuma masa sahaja menentukan cepat atau lambat,” katanya.

Baca Lagi:

Bubar Parlimen: PRU15 akan diadakan, ini penjelasan PM Ismail Sabri

PRN Johor: PN kalah teruk, Muhyiddin umum sedia letak jawatan

Berlari sejauh 10km mampu hilangkan Covid-19?

CATEGORIES