PAS, Bersatu, Umno sudah mula runding bentuk kerajaan gabungan – Anwar

PAS, Bersatu, Umno sudah mula runding bentuk kerajaan gabungan – Anwar

PAS, Bersatu, Umno sudah mula runding bentuk kerajaan gabungan – Anwar. Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah memulakan rundingan untuk membentuk gabungan bagi mendirikan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kedua-dua gabungan parti itu sudah membuat rancangan berkenaan selepas masing-masing ketinggalan dalam persaingan, ketika hari mengundi semakin hampir.

“Apa yang saya tahu, mereka ada berjumpa. Orang PAS, Bersatu ada berjumpa (Bendahari BN Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) dan (Timbalan Pengerusi BN), Mat Hassan (Datuk Seri Mohamad Hassan).
“Mereka sudah mula berunding kerana dia tahu, dia sudah ke belakang. Jadi, kenapa tidak beritahu rakyat terang-terang?
“Jadi, semua cakap, soal kutuk sana, kutuk sini, tolak Umno, Umno tolak PAS dan Bersatu, itu wayang kulit saja,” katanya.

PAS, Bersatu, Umno sudah mula runding bentuk kerajaan gabungan – Anwar

Beliau berkata demikian selepas program temu rapat bersama pengundi di Sekinchan, Sungai Besar, hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR, berkata PH tetap istiqamah dan mempunyai dasar perjuangan yang jelas.

“Sebab itu, kita dalam PH, jika kita nak bawa perubahan, kita tolak kedua-dua pemain wayang ini dan pertahankan (perjuangan) kerana PH nak menang serta mentadbir dengan agenda perubahan yang baharu,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan parti itu akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika pihaknya tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Takiyuddin berkata, pendirian parti itu jelas untuk bergabung dengan BN dan bukannya PH.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan perkara itu dan mendakwa gabungan itu tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN.

Tegas Muhydidin, tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

Baca Lagi:
Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi
Hanya pakai coli, acara tarian yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional
Sepasang kekasih bakal bergelar doktor gigi dicekup berkhalwat
CATEGORIES