Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah

Photo of author

By Joe

Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah. Aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri Wan Deris Papagomo telah ditahan oleh polis dari Bukit Aman selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di mahkamah hari ini.

Muhammad Rafique Rashid Ali memberitahu bahawa anak guamnya telah ditahan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta tengah hari tadi.

Rafique menyatakan bahawa Papagomo hadir untuk perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk tuduhan bahawa kerajaan adalah pro-Israel dan pro-Barat.

Papagomo dicekup polis selepas keluar mahkamah

“Mereka sedang dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi atas arahan pihak atasan. Ini berkaitan dengan laporan polis mengenai kesalahan di bawah Akta Hasutan.
“Kerajaan hari ini telah menyalahgunakan kuasa dengan jelas,” katanya.

Apabila dihubungi, Rafique tidak dapat memberikan butiran yang jelas mengenai kesalahan khusus yang dituduhkan kepada anak guamnya.

Papagomo juga menghadapi tuduhan menghasut lain berkaitan dengan isu jualan stoking bertulis kalimah Allah oleh kedai runcit KK Mart.

Baca Lagi:
Wanita kongsi tips mudah bangun pagi, dah 9 tahun buat badan jadi tak lesu dan segar sampai petang
“Suami aku kemurungan selepas kena goda dengan rakan sekerja dalam kereta”
Rumah agam penuh dengan kisah ngeri dijual harga RM48.22 juta