“Panggil je terus datang”- Wanita sasar kahwin 100 kali, sekarang dah ada 50 orang suami

“Panggil je terus datang”- Wanita sasar kahwin 100 kali, sekarang dah ada 50 orang suami

“Panggil je terus datang”- Wanita sasar kahwin 100 kali, sekarang dah ada 50 orang suami. Hidup berdasarkan hawa nafsu hanya akan mengundang kepada kebinasaan.

Kontroversi timbul apabila seorang wanita warganegara Indonesia mendedahkan bahawa dia mempunyai lebih daripada satu suami dan menganggap mereka sebagai koleksi peribadinya.

Mbah Siti, seperti dia dikenali, mengatakan bahawa sehingga kini dia mempunyai kira-kira 50 suami dan merancang untuk menambah bilangan ini sehingga mencapai jumlah yang diinginkannya.

"Panggil je terus datang"- Wanita sasar kahwin 100 kali, sekarang dah ada 50 orang suami

Selain daripada mempunyai banyak suami, Mbah Siti juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin sebanyak 100 kali.

Walau bagaimanapun, dalam satu video viral, Mbah Siti menceritakan bahawa dia terpaksa menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya kerana mereka tinggal di daerah yang berbeza.

Dengan bangga, Mbah Siti menyatakan bahawa semua suaminya akan datang ke rumahnya secepat mungkin jika dipanggil.

“Saya akan memanggil lima orang suami setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial menyuarakan keraguan mengenai kisah ini, mengatakan bahawa perkongsian tersebut mungkin hanya rekaan semata-mata untuk mendapat perhatian di media sosial.

“Saya tidak yakin ini benar, mungkin hanya konten untuk mendapatkan tayangan,” kata seorang netizen.

Baca Lagi:
Presiden AS ‘hilang arah’ depan pemimpin dunia jadi bualan ramai
“Susah nak jumpa lelaki macam ni”- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu ‘sweet’ letak gambar isteri dalam kereta
Ini sebab kenapa ramai rakyat Indonesia suka doktor Malaysia berbanding negara sendiri
CATEGORIES