Pakcik nak tunjuk skill tebar roti canai depan kamera sekali lain pula yang jadi… Seorang penjual roti canai cuba mempersembahkan aksi membuat roti terbang, tetapi berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Cubaannya untuk melemparkan roti canai ke udara berakhir sebagai bahan ketawa netizen apabila roti tersebut tersangkut di wayar lampu.
Rakaman itu direkodkan oleh seorang wanita yang menyaksikan aksi pak cik tersebut.
Kejadian itu menjadi kelakar apabila pak cik itu bereaksi melihat rotinya tersangkut.
Rata-rata netizen terhibur dan menyifatkan bahawa pak cik itu ingin memperlihatkan aksinya tetapi sebaliknya berlaku.
Suasana yang pada mulanya agak suram menjadi riuh dengan kejadian itu.
Baru pak cik itu ingin menunjukkan kemahirannya di depan kamera. Namun, keadaannya berubah jauh dari yang dijangkakan.