Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang

Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang

Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang.

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV disebabkan amalan seks songsang (gay) adalah dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong yang menyifatkan ia sebagai perkara yang amat membimbangkan kerana melibatkan golongan muda.

Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang

“Tak keterlaluan saya katakan, dalam 100 pesakit HIV, majoritinya anak muda yang dapat HIV daripada hubungan seks sesama jenis.

“Satu perkara yang amat merisaukan kerana mereka ini sangat muda. Ada yang masih penuntut. Kebanyakan daripada IPT.

“Sampaikan dalam kalangan doktor-doktor, kita kata jika kawasan tempat kita bertugas, adalah bandar besar yang ada IPT, kita pasti akan menerima pesakit HIV yang melakukan hubungan seks sesama jenis.

“Apabila saya tanya pada pesakit-pesakit saya, bagaimana mereka boleh terjebak dengan seks sejenis ini, sebenarnya memang daripada peringkat awal,” katanya ketika menjadi panelis Program Disebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang membincangkan topik bertajuk HIV, Gay & Melayu itu turut menampilkan Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar sebagai panelis dan pesakit HIV gay, dikenali sebagai Hakim Azman sebagai jemputan khas.

Dalam pada itu, Dr Sakinah juga berkata, kebanyakan pesakit HIV yang berpunca daripada amalan seks bebas sesama jenis ini juga terdiri daripada mereka yang berpelajaran kerana rata-rata mereka mengaku sedar akan risiko yang dihadapi disebabkan gaya hidup tersebut.

Pakar perubatan keluarga dedah, pelajar IPT paling ramai dapat HIV amal seks songsang

Maka ujar beliau, golongan pesakit ini juga dilihat lebih bersedia ketika mereka disahkan menghidap HIV.

“Mereka seperti bersedia dan tahu ia hasil tingkah laku mereka. Kita biasa buat kaunseling untuk kendalikan pesakit HIV yang kemurungan dan sebagainya.

“Namun, pesakit ini (HIV gay) lebih tahu apa yang mereka perlu buat, dan apa yang bakal berlaku terhadap diri mereka untuk 10 tahun akan datang,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pesakit HIV yang menerima rawatan Ubat Antiretroviral (HAART) boleh hidup sihat sehinggakan tiada sebarang virus HIV dikesan dalam darah dan tidak akan menjangkiti orang lain jika mereka berhubungan seks.

Namun, kebanyakan mereka menafikan mereka masih terlibat dengan hubungan seks bebas setelah disahkan dijangkiti HIV.

“Namun ada juga (pesakit) yang anggap itu cara hidup (seks bebas) mereka dan mereka bangga sebagai gay,” katanya.

Baca Lagi:

Wang disimpan terlalu banyak, 16 jiran bantu tolong kirakan!

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

“Jenayah membawa padah” Yana anak Najib rakam curi-curi Rosmah solat dan berdoa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *