Pakar kesihatan dedah 5 tanda-tanda nyawa korang dalam bahaya, no 1 selalu terjadi secara tiba-tiba

Photo of author

By Joe

Pakar kesihatan dedah 5 tanda-tanda nyawa korang dalam bahaya, no 1 selalu terjadi secara tiba-tiba. Dengan kesibukan jadual harian, manusia lupa untuk menjaga kesihatan diri dan ramai orang memandang ringan tentang perkara ini.

Malah, kesihatan diri adalah satu nikmat dan anugerah yang sangat berharga daripada harta benda yang kita miliki.

Kebiasaanya, manusia hanya mula menyedari betapa berharganya kesihatan apabila sudah jatuh sakit.

Pakar kesihatan dedah 5 tanda-tanda nyawa korang dalam bahaya, no 1 selalu terjadi secara tiba-tiba

Dalam pada itu, manusia perlu mengambil tahu lima tanda-tanda atau simptom menunjukkan nyawa korang dalam bahaya.

Perkara itu dikongsikan pakar kesihatan dan kecantikan, Dr Preeyaa menerusi akaun TikTok miliknya.

  1. Kesakitan di dada yang tidak pernah dialami sebelum ini terutama di bahagian kiri.
  2. Rasa penat dan sakit dada secara tiba-tiba dan kesakitan dialami berlarutan.
  3. Berpeluh walaupun dalam suasana atau keadaan sejuk.
  4. Badan terlalu letih dan tidak bermaya yang tidak normal.
  5. Bacaan atas tekanan darah melebihi 180 (tahap normal).

Menurut Dr Preeya, jika seseorang itu mengalami 5 tanda- tanda berkenaan, korang dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor.

Kegagalan menjaga kesihatan diri boleh diatasi dengan mengubah cara hidup kepada lebih sihat dan mengamalkan corak pemakanan yang betul.
Adalah lebih baik sekiranya perkara tidak diingini dicegah lebih awal sebelum memudaratkan kesihatan.

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa tanda yang mungkin korang alami jika kerap duduk di dalam rumah.

@drpreeyaa Jika ada mana2 tanda ini, pergi jumpa dr ya, jgn tunggušŸ™šŸ½ #tipskesihatan #penyakitjantung #kencingmanis #darahtinggi #jombelajar ā™¬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS

Baca Lagi:
Tular video lelaki mirip bekas KP jabatan kerajaan merayu hubungan sejenis dengan si ā€˜Wahabā€™
Mak ayah aku tak nak jaga adik bongsu OKU, 3 hari aku tak balik rumah terkejut pampers adik tak bertukar baru
CEO Lembaga Zakat Selangor dedah penyanyi nombor 1 negara pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi