Pakar iklim ramal Malaysia dilanda ‘musim sejuk’ hingga Januari 2024

Photo of author

By Joe

Pakar iklim ramal Malaysia dilanda ‘musim sejuk’ hingga Januari 2024. Malaysia dijangka mengalami cuaca sejuk yang tidak dijangka. Pakar iklim meramalkan penurunan suhu yang boleh berlanjutan sehingga bulan depan.

Malay Mail melaporkan hari ini bahawa menurut pakar meteorologi Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, Semenanjung Malaysia dijangka menyaksikan suhu purata antara 21°C hingga 25°C untuk sekurang-kurangnya dua hari, satu perubahan ketara daripada suhu petang 31°C hingga 32°C.

“Biasanya, suhu petang kita adalah sekitar 31°C hingga 32°C, jadi lima hingga enam darjah lebih rendah daripada purata biasa,” katanya dipetik.

Pakar iklim ramal Malaysia dilanda 'musim sejuk' hingga Januari 2024

Jabatan Meteorologi melaporkan bahawa cuaca sejuk itu berpunca daripada tekanan tinggi yang kuat yang berasal dari China, mengakibatkan gelombang sejuk melanda pelbagai wilayah di Asia Tenggara.

Thailand juga bersiap sedia untuk menghadapi suhu yang lebih sejuk, dengan ramalan menunjukkan penurunan kepada 3°C di Bangkok dan kebanyakan bahagian negara, tidak termasuk kawasan selatan, dari 20 hingga 25 Disember.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa kereta sedan tiada ‘wiper’ cermin belakang
DS Vida akhirnya buka mulut kenapa Cik B belanja lebih jutaan ringgit sebulan, rupanya..
“Kereta aku di Malaysia rupanya jadi teksi je di Jepun”