Pakaian gaun kemban model ‘terlondeh’ atas stage, pereka fesyen terkenal urut dada

Pakaian gaun kemban model ‘terlondeh’ atas stage, pereka fesyen terkenal urut dada

Pakaian gaun kemban model ‘terlondeh’ atas stage, pereka fesyen terkenal urut dada.

“Nasib baik model orang putih (minah saleh), kalau model kita (Melayu) tak dapat bayangkan”.

Demikian perasaan lega oleh pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail apabila pakaian ala kemban rekaannya yang diperagakan seorang model tiba-tiba terlondeh di atas pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) semalam.

Menerusi video yang dimuat naik Ezuwan dalam Instagram, kelihatan dia yang diapit dua model, wanita dan lelaki kelihatan berjalan di atas pentas selepas habis memperagakan busana rekaannya.

Pakaian gaun kemban model 'terlondeh' atas stage, pereka fesyen terkenal urut dada

Pakaian gaun kemban model ‘terlondeh’ atas stage, pereka fesyen terkenal urut dada

Bagaimanapun secara tiba-tiba, busana ala kemban yang digayakan model wanita tiba-tiba terlondeh sehingga ke paras pinggang dan disaksikan penonton yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu.

“Mujurlah ada ‘top’ yang dipakai. Kalau tidak semata-mata skirt (yang digayakan menjadi baju), bukan setakat ‘naya pak karim naya abe’ (abang) Ezuwan wei! Mujurlah model orang putih.

“Kalaulah model Melayu, tak dapat bayangkan. Tak mahulah cerita yang bukan-bukan,” tulisnya dalam Instagram.

Ujar Ezuwan, walaupun sudah membuat perancangan sempurna, namun dia tidak dapat mengelak jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

“Kadang-kadang tidak semua benda yang dirancang itu sempurna. Tapi reda sahajalah benda nak jadi. Nasib baik aku buat baju ala-ala tutup satu badan.

“Kalau tidak, tak ke nampak tutttt (payudara). Aku pula boleh tak perasan sebab sibuk berangan melambai-lambaikan tangan macam Miss Universe,” katanya.

Perkongsian Ezuwan turut menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata memuji sikap profesional model tersebut yang tenang mengawal keadaan.

“Nasib baik model kreatif dan bijak,” komen seorang pengguna Instagram.

“Mujur model pakai topeng. Selamat,” kata seorang lagi pengikutnya.

Penganjuran KLFW 2022 merupakan sebuah acara tahunan yang dibuat bagi meraikan pereka-pereka fesyen tempatan mempamerkan hasil rekaan mereka bermula 17 Ogos hingga 21 Ogos 2022.

Baca Lagi:

Suami Datuk Zahida ketua Puteri UMNO meninggal dunia

Tular kakitangan Imigresen maki hamun dan halau orang awam di UTC

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

CATEGORIES