“Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah” – Haliza

“Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah” – Haliza

“Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah” – Haliza. “Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah.”

Itu keterangan yang ditulis pada hantaran video dimuat naik pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri hingga tular dan mendapat kritikan warganet.

Video itu memaparkan dirinya berada di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi ketika mengejakan ibadah umrah baru-baru ini.

Menurutnya, video yang dimuat naik dua hari lalu itu dikongsikan di TikTok dan Instagram selepas 12 hari pulang dari mengerjakan umrah.

"Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah" - Haliza

“Bukan riak, tapi inilah yang saya pinta setiap pagi, petang, siang dan malam nak menjadi tetamu VIP Allah. Apa saya kongsikan itu untuk diri sendiri. Itu apa yang saya minta dan doa pada Allah.
“Tapi itu lah, tidak menjangka pula ia menjadi tular. Saya tak terkesan pun dengan segala komen yang ditulis. Saya senyum baca komen mereka, tak marah dan tidak pula terasa. Sebab saya tahu niat saya. Saya tak pernah cerita hal orang lain. Saya hanya cerita mengenai diri saya saja. Tapi itu pun saya teruk dikecam. Sebenarnya, hantaran saya itu lebih kepada cerita berdasarkan pengalaman peribadi ketika menunaikan umrah.
“Kalau ikutkan hati apa yang ditulis kadang terasa juga, tapi suami kata tidak mengapa. Niat itu yang penting. Yang baik ambil sebagai iktibar, yang kurang baik itu kita manusia,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, hantaran dimuat naik itu juga bukan bertujuan untuk membandingkan dirinya dengan orang lain.

“Pengalaman mengerjakan umrah kali pertama pada 2010 membuatkan diri ini berusaha untuk menjadi tetamu Allah yang lebih baik.

“Beberapa bulan sebelum pergi, saya sudah persiapkan jasmani dan rohani. Saya memang meminta dijemput sebagai tetamu VIP supaya boleh berusaha semaksimum mungkin. Persiapan dari segi kewangan dan juga ibadah. Kita sebenarnya yang pilih nak meletak diri kita di kelas yang mana.

“Apa maksud VIP bagi saya? Saya mahukan penerbangan kelas perniagaan supaya senang dan selesa beribadah, selesa membaca al-Quran dan tak perlu risau mengenai makan dan minum dalam penerbangan. Semuanya terjaga.

“Saya minta pada Allah nak duduk hotel yang paling dekat supaya senang nak ke masjid, yang sudah tentu harganya berlipat kali ganda. Saya minta pada Allah beri saya ruang dan kusyuk dalam apa saja ibadah selama di sana.

“Saya minta Allah beri peluang dan ruang untuk boleh solat dan doa di dalam Raudah (Masjid Nabawi) dengan selesa sebagaimana seorang VIP dapat tempat paling depan apabila di jemput di majlis di Malaysia.

“Saya minta Allah lancarkan dan mudahkan untuk diri ini khatam al-Quran di rumah di Masjidil Haram. Dan saya janji untuk hadiahkan diri ini telekung yang mewah dan mahal harganya apabila dapat khatam al-Quran.

“Janji ini buat saya lebih bersemangat habiskan bacaan al-Quran. Sebagaimana seorang VIP yang selalu dapat cenderahati barangan mewah. Semua sedia maklum bulan Disember menjadi pilihan jemaah dari seluruh dunia datang untuk mengerjakan umrah. Saya minta Allah melorongkan jalan untuk saya lancar tawaf dan saie sebagaimana yang dilalui seorang VIP,” katanya.

Sebelumnya, Haliza juga pernah tular apabila menerusi jenama yang diusahakan menjual tudung mewah mencecah RM2.5 juta.

@halizamaysuriBukan riak tapi inilah yang sya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah 🕋

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Baca Lagi:
20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India
Wanita samun kedai emas rupanya hamil 6 bulan ‘mengidam’ nak buat sesuatu yang ekstrem
Suka tinggal di Malaysia, Minah Salleh ini beri 5 sebab kenapa suka Malaysia buat netizen terkejut
CATEGORIES