“Pakai jubah siap serban”- Pencegah maksiat terkejut tangkap pasangan khalwat pelajar tahfiz. Penceramah Ustaz Elyas Ismail berkongsi pengalaman seorang rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam semasa menjalankan serbuan di hotel bajet.
Beliau menceritakan dalam satu perkongsian di aplikasi TikTok bahawa operasi pencegahan maksiat sering dilakukan semasa cuti umum seperti sambutan ambang merdeka dan tahun baharu.
Antara pasangan berkhalwat yang pernah ditangkap adalah suami orang dan isteri orang, bos dan setiausaha, serta individu berpangkat besar bersama pembantu peribadi sendiri.
Namun, insiden yang paling menghantui beliau adalah kes seorang pasangan pelajar tahfiz yang mengaku ‘bakal berkahwin’ ketika ditangkap.
“Kami mengetuk pintu bilik itu, dan terdapat seorang budak lelaki dengan seluar pendek sedang duduk di atas katil. Kemudian kami perasan ada seorang perempuan di dalam bilik air. Tuan-tuan, kalau lelaki dan perempuan berada dalam satu bilik, janganlah terlalu bersangka baik. Bukankah mereka sedang mengaji tajwid.”
Pasangan itu kemudian diminta untuk memakai pakaian lengkap sebelum dibawa ke balai polis. Mereka juga diminta menghubungi waris masing-masing.
Pihak berkuasa terkejut apabila melihat lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan serban, sementara perempuan itu mengenakan abaya hitam.
@kerusibatunaka #kreditcaliphachannel #ustazelyasismail #kerusibatunaka #kuliahilmu #foryoupage ♬ Instrumen Sholawat Sedih (Instrumental) – Yuda pratama