Pak Arab ‘promote’ barang depan jemaah Malaysia guna nama PMX dan Sanusi buat ramai terhibur. Sebuah video viral menunjukkan seorang lelaki berketurunan Arab menjual barangan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Keistimewaan lelaki ini berbeza daripada peniaga lain apabila dia sangat mesra dan pandai menarik perhatian jemaah dari Malaysia.
Beliau menawarkan pelbagai promosi yang menarik perhatian dengan cara bernyanyi dan menyebut nama-nama tokoh negara.
Kelakuan spontan dan lucunya menarik minat jemaah untuk membeli barangan seperti minyak wangi, kekacang, dan pelbagai lagi.
Majoriti netizen terhibur dan percaya bahawa peniaga itu sentiasa mengikuti perkembangan viral yang berlaku di Malaysia.
Caranya dalam mengiklankan produk sungguh berkesan, sehingga ramai pak cik dan mak cik membeli dengan banyak.