Paip tangki septik meletup, najis manusia setinggi 10 meter hujani kenderaan

Photo of author

By Joe

Paip tangki septik meletup, najis manusia setinggi 10 meter hujani kenderaan. Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China, menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter, lapor portal berita MSNews hari ini.

Kejadian itu berlaku semalam dan hampir memecahkan cermin belakang sebuah kereta.

Rakaman video dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan turut merakam najis yang menghujani kereta.

Paip tangki septik meletup, najis manusia setinggi 10 meter hujani kenderaan

Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Perbandaran Nanning, kejadian itu berpunca daripada saluran paip tangki septik yang pecah.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam letusan itu.

Selepas menerima laporan daripada orang ramai, pasukan pekerja pembersihan dihantar ke tempat kejadian.

Ramai netizen memberi komen bahawa kejadian itu menjijikkan.

Ada juga yang bergurau dengan menyatakan bau najis boleh dihidu melalui skrin tayangan kejadian tersebut.

Baca Lagi:
Lelaki menyamar doktor palsu selama 20 tahun, besarkan alat sulit lelaki
Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura
Wanita ini mengembara ke 42 bandar hanya dengan kos RM12,000