“Pagar besi macam plastik dibuatnya”, aksi buaya besar lolos dari pagar besi tular

“Pagar besi macam plastik dibuatnya”, aksi buaya besar lolos dari pagar besi tular

“Pagar besi macam plastik dibuatnya”, aksi buaya besar lolos dari pagar besi tular. Aksi seekor buaya yang cuba meloloskan diri dengan membengkokkan pagar besi yang mengelilingi sebuah padang golf di Florida tular di media sosial baru-baru ini.

Lapor UPI, aksi sang buaya itu dirakam di Kelab Coral Creek di Placida oleh seorang kakitangan, Ericc Dagg yang ternampak reptilia ganas itu cuba memaksa tubuh besarnya melepasi pagar ketika melalui kawasan tersebut bersama abangnya.

Video Dagg menunjukkan buaya itu dengan mudah membengkokkan salah satu palang pagar tersebut sambil menolak badannya melalui bukaan yang sempit.

"Pagar besi macam plastik dibuatnya", aksi buaya besar lolos dari pagar besi tular

Bagaimanapun separuh badan dan ekornya tersepit tetapi abang Dagg dengan berani menolak belakang buaya itu untuk membantu kakinya melangkah keluar dari pagar berkenaan.

“Saya sedang bekerja di padang golf apabila melihat buaya itu bergerak dari jauh di sepanjang laluan kereta.

“Buaya itu cuba meloloskan dirinya tetapi akhirnya tersepit sedikit dan abang saya cuba membantu mengeluarkan kakinya melalui pagar,” jelas Dagg.

Video tersebut menerima lebih sejuta tontonan di laman sosial dan ramai warganet terpegun dengan kekuatan buaya tersebut membengkokkan pagar besi seolah seperti palangnya diperbuat daripada plastik.

Ramai warganet turut berpendapat rakaman itu menjadi pengajaran kepada penduduk Florida supaya mencari alternatif lain kerana kebanyakannya bergantung kepada jenis pagar sama untuk menghalang haiwan pemangsa itu memasuki halaman rumah mereka.

@utusantvofficial 📽️ dimuat naik Matt Devitt pada 3 Mac lalu. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #buaya ♬ original sound – 🤟🏻Jurassic world🤟🏻

Baca Lagi:
Bank-bank besar dijangka ‘tumbang’ dalam masa terdekat
“Majikan mungkin kurangkan pengambilan pekerja wanita atas faktor cuti bersalin selama 98 hari”
Lelaki kongsi kisah daripada seorang pemain futsal Pahang menjadi tukang repair iphone yang berjaya, bermula pinjam duit adik beradik sebab nak pergi belajar di China
CATEGORIES