Padah serang Ukraine, FIFA singkir Rusia dari Piala Dunia 2022

Padah serang Ukraine, FIFA singkir Rusia dari Piala Dunia 2022

Padah serang Ukraine, FIFA singkir Rusia dari Piala Dunia 2022. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa semua persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus serta pegawai mereka daripada saingan antarabangsa selepas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Beberapa jam selepas itu, badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA menyingkirkan Rusia daripada saingan ke Piala Dunia 2022, manakala Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut menggantung skuad kebangsaan Rusia dan kelab negara itu daripada semua aksi antarabangsa.

“Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu dengan semua yang terkesan di Ukraine,” kata kenyataan dikeluarkan FIFA dan UEFA.

Sementara itu IOC, berkata metreka berdepan ‘dilema yang tidak boleh diselesaikan.’

“Ketika atlet dari Rusia dan Belarus boleh terus bertanding dalam acara sukan, ramai atlet Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang.

“Dalam usaha mempertahankan integriti kejohanan sukan global dan keselamatan semua peserta, IOC EB (majlis eksekutif) mencadangkan P7ersekutuan Sukan Antarabangsa dan penganjur acara sukan, tidak menjemput atau membenarkan atlet dari Rusia dan Belarus serta pegawai mereka menyertai kejohanan antarabangsa,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Baca lagi:

Cara Pam Angin Tayar Dengan Betul, Jangan Pam Secara Berlebihan!

[VIDEO] Sambil hisap rokok, lelaki Ukraine selamba alih periuk api guna tangan

Pesawat terbesar di dunia hancur akibat serangan Rusia di Ukraine

 

CATEGORIES