Gara-gara muat naik video suami cuci pinggan, seorang wanita telah diceraikan suaminya

gettyimages 1228328825

Gara-gara muat naik video suami cuci pinggan, seorang wanita telah diceraikan suaminya.

Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.

Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.

Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.

Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.

Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.

Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.

Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut.

Baca lagi: 

Wakil rakyat kantoi tengok gambar lucah ketika sidang Parlimen

Kejam! Kerana cinta terhalang, wanita ini suruh teman lelaki bunuh ibunya sendiri

PANAS !!! Khairy Jamaluddin dan Noor Hisham bakal dihadapkan ke mahkamah antarabangsa – Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.