Padah bermain cinta dengan isteri orang, warga emas maut ditikam dengan suami wanita

Padah bermain cinta dengan isteri orang, warga emas maut ditikam dengan suami wanita

Padah bermain cinta dengan isteri orang, warga emas maut ditikam dengan suami wanita. Tindakan seorang lelaki warga emas yang bermain cinta dengan isteri orang akhir­nya membawa padah apabila dia ditikam bertubi-tubi oleh suami wanita itu dalam kejadian di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 71 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 11.05 malam selepas lima jam bertarung nyawa akibat pelbagai kecederaan pada badan.

Suspek yang berusia 54 tahun bertindak menyerang dan menikam mangsa akibat berang selepas lelaki itu dipercayai menjalin hubu­ngan sulit dengan isteri­nya yang berusia 45 tahun.

Difahamkan, mangsa dan wanita itu telah menjalin hubu­ngan dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Padah bermain cinta dengan isteri orang, warga emas maut ditikam dengan suami wanita

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pegawai perubatan pada pukul 6.29 petang selepas pihak hospital menerima seorang pesakit dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya, mangsa juga sempat memaklumkan kepada pengadu bahawa dia telah diserang dan ditikam di kawasan sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn.

“Berdasarkan pemeriksaan dan rawatan awal, mangsa me­ngalami kecederaan serius akibat tikaman mengenai paru-paru kanan dan kesan tikaman benda tajam di paha dan bahu kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd. Zaid, hasil siasatan awal mendapati suspek menyerang mangsa ketika lelaki itu sedang berdua-duaan dengan isterinya di dalam sebuah kenderaan berdekatan pasar raya berkenaan.

“Suspek dikatakan marah dengan hubungan intim antara isterinya dengan mangsa.

“Susulan laporan yang dibuat, polis telah menahan seorang lelaki dan wanita yang juga pasangan suami isteri di sekitar kawasan Hospital Serdang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek lelaki yang ditangkap itu mengaku ada mencederakan mangsa semasa berada di kawasan parkir ken­deraan sebuah pasaraya di Bandar Tun Hussien Onn.

Jelasnya, susulan penahanan pasangan suami isteri itu, polis telah merampas kenderaan milik mangsa, empat buah telefon bimbit serta pakaian suspek yang mempunyai kesan darah dan resit pembelian senjata pisau.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Disember depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

Mohd. Zaid meminta orang awam atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superientendan Redzuan Salleh di talian 013-785 4100 bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:
Pas tuduh PH komunis kenapa tak suruh polis siasat masa jadi kerajaan?
Ismail Sabri jawab selepas kecoh perjumpaan dengan pemimpin PAS di Tropicana
Perjumpaan pemimpin PAS dan Umno di Tropicana Golf Resort bakal gulingkan kerajaan Anwar?
CATEGORIES