‘Orang yang suka simpan barang lama adalah orang yang ‘terperangkap’ dengan masa lalu’

Photo of author

By Joe

‘Orang yang suka simpan barang lama adalah orang yang ‘terperangkap’ dengan masa lalu’. Menyimpan barang-barang lama seperti kotak telefon, pakaian yang sudah tidak muat, atau wayar lama yang tidak pasti masih berfungsi mungkin kelihatan biasa, tetapi ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, terdapat beberapa kesan psikologi yang boleh dialami apabila terlalu banyak menyimpan barangan lama tersebut.

“Kita mungkin merasakan beban emosi di mana barang yang tidak digunakan hanya memenuhi ruang dan membuatkan kita rasa ‘terperangkap’ dengan masa lalu.

'Orang yang suka simpan barang lama adalah orang yang 'terperangkap' dengan masa lalu'

“Menyimpan barang lama juga boleh menyukarkan kita untuk melepaskan memori yang mungkin melambatkan proses untuk maju ke hadapan,” katanya.

Selain itu, semakin banyak barang yang kita simpan, semakin sukar untuk kita membuat keputusan tentang apa yang perlu disimpan atau dibuang, yang menyebabkan kita menunda keputusan penting.

Dalam hantaran tersebut, PHM turut memberikan tips untuk menangani masalah menyimpan barang lama dengan melakukan ‘decluttering’ secara berkala bagi mencipta ruang yang lebih lapang, baik dari segi fizikal mahupun mental.

“Fokus pada barang yang benar-benar penting dan berguna dalam kehidupan seharian. Melepaskan barang yang tidak diperlukan bukanlah satu kerugian, tetapi satu langkah penting untuk membina keseimbangan emosi.

“Beranilah untuk melepaskan dan lihat bagaimana ruang baru boleh membawa ketenangan dalam hidup anda,” ujarnya.

Baca Lagi:
Juara Masterchef Indonesia kena serang dengan netizen selepas dakwa nasi kandar Malaysia berpasir
Doktor gigi terkejut kediaman miliknya bernilai RM16.9 juta tiba-tiba ditukar hak milik wanita tidak dikenali
Menantu datang bulan, bapa mentua marah masak untuk keluarga anggap makanan jadi kotor