Orang Singapura mula berbelanja sakan di Malaysia, rupanya sebab ini

Photo of author

By Joe

Orang Singapura mula berbelanja sakan di Malaysia, rupanya sebab ini. Warga Singapura mengambil kesempatan daripada kejatuhan ringgit berbanding dolar Singapura untuk berbelanja di Malaysia sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Faktor ringgit yang jatuh merosot ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura menyebabkan penduduk di negara berkenaan mengambil kesempatan kembali ke Malaysia untuk merayakan sambutan bersama keluarga

Seorang pekerja Westin Singapura, Carmen Lee kembali ke Ipoh untuk meraikan perayaan di kampung halamannya selepas mendapati segala-galanya lebih murah dengan ringgit.

Orang Singapura mula berbelanja sakan di Malaysia, rupanya sebab ini

“Ia seperti bonus untuk membeli pelbagai keperluan dan meraikan bersama keluarga. Ia (kadar pertukaran) benar-benar gila,” katanya yang dipetik Bloomberg.

Lee adalah antara penduduk di Singapura yang mengambil kesempatan daripada pengukuhan mata wang negara itu yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila mereka menyeberangi sempadan ke Malaysia, ketika kos sara hidup meningkat di negara sendiri.
Dolar Singapura meningkat kepada paras rekod RM3.55 selepas lima pusingan pengetatan dasar berturut-turut sehingga Oktober 2022, dan usaha bank pusat itu untuk mengurangkan inflasi mungkin membuka jalan kepada lebih banyak pengukuhan mata wang.
Ringgit, sebaliknya, telah terjejas oleh eksport yang lebih lemah dan jurang kadar faedah Malaysia yang luas dengan Amerika Syarikat (AS).

Aliran keluar modal selama bertahun-tahun dan pergolakan politik telah menjejaskan lagi sentimen terhadap ringgit yang menjadi mata wang berprestasi paling teruk di pasaran sedang pesat membangun Asia.

Ketua Penyelidikan Asia di Australia & New Zealand Banking Group Ltd, Khoon Goh berkata, berdasarkan arah aliran sejarah dalam kadar pertukaran dolar Singapura-ringgit setakat ini, wujud persoalan ia mampu mencecah RM4.

“Ia adalah pengukur mudah taraf hidup relatif,” katanya.

Berbanding dolar AS, mata wang Malaysia telah jatuh kira-kira 3.5 peratus tahun ini, menambah kerugian daripada tiga tahun sebelumnya.

Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang pada rekod terendah berbanding dolar Singapura.

Didorong oleh keyakinan pelabur terhadap ekonomi, mata wang itu juga mengukuh ke paras tertinggi sepanjang masa berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia bulan lalu.

Semalam, ringgit merekodkan paras harian terendah dalam sejarah baharu iaitu 3.549 berbanding dolar Singapura.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pengukuhan dolar Singapura itu adalah selaras dengan kenaikan dolar AS berbanding mata wang utama lain.

Katanya, ini kerana Penguasa Monetari Singapura (MAS) menguruskan dasar monetarinya melalui pelarasan dalam kadar pertukaran untuk membantu mengemudi pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi negara.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5460 ketika dibuka pagi ini dan berada pada 3.5429 pada jam 4.45 petang.

Baca Lagi:
Akhirnya terbongkar kenapa dapur rumah kaum India selalu bersih berseri berbanding dapur rumah orang Melayu
Hanya 3 minit boleh dapat sale RM1.9 juta, ini 5 perkara yang kita boleh ikut daripada kejayaan Khairul Aming
“Kami tiada anak, aku pernah keguguran sebanyak 3 kali, masa aku sakit, suami mengaku tidur banyak kali dengan sepupu aku”