Orang ramai mula risau lepas tular gambar retakan pada jejambat Lebuh Raya SPE

Photo of author

By Joe

Orang ramai mula risau lepas tular gambar retakan pada jejambat Lebuh Raya SPE. Pengguna media sosial mengatakan terdapat retakan pada jejambat Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE), yang menyebabkan kebimbangan orang ramai.

Gambar yang menunjukkan retakan tersebut dimuat naik ke media sosial X, dan orang ramai berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.

“Eh, retakan di ‘flyover’ ni semakin besar ke? Kawan saya baru saja melihatnya. Berdekatan Jalan Cheras. Gambar pertama diambil pada April 2024, dan gambar kedua pada Jun 2024,” menurut perkongsian di aplikasi X semalam.

Orang ramai mula risau lepas tular gambar retakan pada jejambat Lebuh Raya SPE

Perkongsian itu kemudiannya diberi respons oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam.

“Saya sangat serius mengenai perkara ini. Saya telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuh Raya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini, dan membuat pemeriksaan serta penilaian secepat yang mungkin.

“Keselamatan semua pihak, terutamanya pengguna jalan raya, adalah yang paling penting,” katanya dalam hantaran X.

Baca Lagi:
Akhirnya terjawab kenapa duit Ribu disingkatkan jadi K
Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia
Wanita maut depan anak ketika ‘selfie’ depan kereta api klasik