Orang ramai diminta henti sebar berita palsu kematian Salahuddin Ayub – Setiausaha Akhbar

Photo of author

By Joe

Orang ramai diminta henti sebar berita palsu kematian Salahuddin Ayub – Setiausaha Akhbar. Shakirin Husnal, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan laporan yang mendakwa Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia.

Shakirin dalam kenyataannya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar berita palsu mengenai status kesihatan beliau.

Orang ramai diminta henti sebar berita palsu kematian Salahuddin Ayub - Setiausaha Akhbar

“Keadaan terkini beliau dilaporkan masih bernafas dan jantungnya masih berfungsi. Beliau masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.

Tambahnya lagi, sebarang perkembangan terkini hanya akan dikeluarkan oleh pihaknya sahaja.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dimasukkan ke hospital lewat malam kelmarin selepas mengadu tidak sihat serta muntah-muntah.

Doktor pakar mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian otaknya dan beliau menjalani pembedahan segera awal pagi semalam.

Baca Lagi:
Kapal persiaran mewah ‘Icon Of The Seas’ terbesar dunia bakal berlayar, saiz 5 kali ganda lebih besar dari Titanic
Lelaki didenda RM16,456 kerana beri makan roti kepada burung merpati sebanyak 16 kali
“Potong kat perut, naik dekat muka”, perubahan wajah Rina Harun jadi bualan netizen, dagu makin pelik