Orang ramai berpeluang melihat planet ‘Musytari’ pada 26 September ini

Orang ramai berpeluang melihat planet 'Musytari' pada 26 September ini

Orang ramai berpeluang melihat planet ‘Musytari’ pada 26 September ini.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa Planet Musytari akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 26 September ini, lapor laman berita Wion News semalam.

Ini bermaksud orang ramai berpeluang melihat planet terbesar dalam sistem suria itu dalam keadaan paling jelas ketika ia menghampiri Bumi pada jarak paling dekat bagi tempoh 70 tahun.

Orang ramai berpeluang melihat planet 'Musytari' pada 26 September ini

“Orang ramai berpeluang melihat pemandangan indah Planet Musytari sepanjang malam 26 September ini apabila ia mencapai kedudukan tersebut,” kata NASA dalam satu hantaran blog.

Fenomena ‘pertentangan’ itu berlaku dari sudut pandangan Bumi apabila objek angkasa berada di bahagian timur dan Matahari terbenam di Barat. Ia akan meletakkan Matahari dan objek tersebut pada kedudukan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain.

Pertentangan Musytari berlaku dalam tempoh setiap 13 bulan, namun pada 26 September ini, planet tersebut akan kelihatan lebih terang dan besar berbanding biasa.

“Bukan itu sahaja, Musytari akan berada paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 70 tahun,” kata NASA.

Musytari dikatakan akan berada pada jarak 587 juta kilometer dari Bumi ketika ia dalam kedudukan paling hampir dengan planet kita

Baca Lagi:

Atlet negara Nor Sarah Adi kecewa galah simpan di stor hilang punca gagal pamer aksi terbaik final lompat bergalah

Kelantan ada konsert! Baby Shima tak puas hati, perli PU Syed “Kalau melibatkan aku, laju je bersuara”

Nafsu syaitan, bapa jadikan dua anak kandung hamba seks selama 7 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *