“Orang mengajar agama tapi perangai samseng!”- Tular video pelajar tahfiz kena sepak terajang dengan ustaz. Menerusi video itu, pelajar itu disepak, dipukul dan dilanyak ustaz ketika sedang belajar di ruangan.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku sejak lebih setahun lalu membabitkan tenaga pengajar kanan di madrasah berkenaan yang sudah ditahan polis.
Lebih mengejutkan, operasi pusat pengajian itu turut disokong oleh seorang ahli politik dari pantai timur, peguam serta pengamal perubatan. Ia dikesan mengutip dana daripada orang ramai kononnya untuk membiayai pembinaan sebuah surau namun tidak pernah disiapkan sehingga kini.
Ramai yang menghantar anak ke pusat tahfiz namun tak pernah tahu anak mereka diseksa
“Di sini ada lebih 40 penghuni berusia antara 10 hingga 17 tahun yang dihantar keluarga untuk belajar agama.
“Sebaliknya pula yang berlaku apabila pelajar dipukul tenaga pengajar sehingga cedera, malah lebih teruk ada yang menjadi mangsa gangguan seksual.
“Mangsa tidak berani buat laporan polis kerana bimbang dimarahi serta tiada pilihan, selain terus tinggal di situ kerana masalah keluarga.
“Ada yang memaklumkan kepada pelajar lain mengenai nasib mereka termasuk pelajar yang dipaksa tidur di tandas kerana buat salah. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada institusi agama,” kata sumber yang membuat laporan polis.
Amaran/Warning
Kalau tak bahagia sangat dengan kerja kau…berhenti dan buat benda lain….hari hari stress kemudian lepas kat budak-budak sebab apa…..
Sebesar mana kesalahan anak kecil itu sampai diperlakukan begitu dan sampai ada yang dikatakan kena denda tidur dalam… pic.twitter.com/D3Dy60TSYV
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 20, 2024