Orang Melayu itu malas hanya mitos…

Melayu itu malas hanya mitos...

Melayu itu malas hanya mitos… Aku duduk kampung dan dibesarkan dikampung. Aku tengok depan mata masa dulu, arwah mak dan abah bangun jam 4 pagi tiap hari pergi menoreh perginya lepas subuh. Kat kampung aku nelayan ke Laut jam 6 pagi. Bagaimana nak kata melayu itu malas.

Mengapa melayu kekal miskin?. Ianya kerana sistem. Sistem atau dasar biasanya dikawal oleh kerajaan. Kerajaan dikawal oleh orang politik. Tetapi dalam dasar bisnes ada sistem monopoli.

Sistem monopoli ni biasanya dipegang oleh peniaga berbangsa lain. Mereka bangsa berniaga.

Orang Melayu itu malas hanya mitos...

Tak sampai hati nak beli ikan dari nelayan. Kekadang sebakul ikan naik dari perahu baru harganya ciput. Tapi cuba beli kat pasar berganda-ganda harganya.

Tak payah cakap pasal nelayan..Aku ni tanam sayur, jual dengan peraih macam mintak sedekah. Sayur dibeli murah ikut gred. Dia punya kuasa monopoli. Sebab itu melayu tak kaya. Di tindas dalam sistem bukan sebab melayu malas.

Ada orang politik lunak sangat cakap melayu malas, sebenarnya dia lah yang gagal membuat dasar selama dia memerintah. Atau memang sengaja mahukan melayu kekal begitu untuk ikut telunjuk politik mereka.

Tengok sahaja kelantan dan terengganu. Ditekan dan tidak diberi peruntukan membangun sedangkan 98% adalah melayu. Sesekali bercakap tentang MELAYU, Anak beranak ambil untung dari sistem monopoli.

Bangsa ku tak malas. Bangsa ku bangsa yang berdaulat. Bangsa ku bangsa yang hebat. Moga bangsa melayu terus maju dan tidak dibodohkan dengan dua tiga kerat orang yang tamak dan haloba.

Kalau tidak kita yang berbangga dan membantu bangsa kita sendiri.Siapa lagi..

Baca Juga : Amalkan 6 perkara ini untuk menjemput rezeki

Ini cara sebenarnya sembur minyak wangi untuk bau kekal lama

Ini cara mudah hilangkan kesan kuning pada Blender ramai orang tak tahu…

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar ‘Budak Turkana’

Leave a Reply

Your email address will not be published.