‘Orang lain himpun tangkap Azam Baki, dia angkat plakad sokong Lee Zii Jia’

FJrVG6LaMAQ3r2n 1

Himpunan #TangkapAzamBaki semalam yang bertujuan menentang gejala rasuah dalam sistem pentadbiran negara mendapat perhatian sebaliknya.

Ini apabila seorang peserta bertindak mengangkat plakad tertulis: “LEEZIIJIA, Malaysia Stand with you!”.

Gambar wanita memegang plakad itu tular dalam media sosial dan mendapat pujian ramai pihak.

Sebelum ini, tindakan Lee Zii Jia untuk meninggalkan skuad kebangsaan menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.

BAM mengumumkan Zii Jia dan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam dua sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

Tindakan itu susulan keputusan pemain berusia 23 tahun tersebut untuk meninggalkan BAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.