Orang kampung berpesta tangkap ikan kelisa berharga ribuan ringgit. Penduduk di kawasan Layang dan Simpang Renggam tidak melepaskan peluang menangkap ratusan ikan kelisa yang dipercayai terlepas dari kolam takungannya yang pecah. Malah, video aktiviti penduduk menangkap ikan tersebut telah menjadi viral di media sosial sejak Selasa.
Menurut penduduk yang ingin dikenali sebagai Sani, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang dan menyebabkan kawasan Kampung Tengah diserbu oleh orang ramai. Katanya, suasana seakan pesta apabila penduduk tempatan dan juga warga asing yang tinggal berdekatan turut serta dalam menangkap ikan yang dianggap bernilai tinggi tersebut.
Sani menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama kejadian sedemikian berlaku sejak wujudnya perusahaan yang membela ikan kelisa yang mempunyai nilai yang tinggi.
Dalam video yang telah tersebar luas, orang ramai dapat dilihat menangkap ikan kelisa di sekitar kawasan anak sungai dan parit di Layang dan Simpang Renggam.
Malah, ada penduduk yang merangkaikan ikan kelisa bersisik emas dan putih yang beratnya dianggarkan sehingga dua kilogram sebagai bahan masakan.
@aman885843Lokasi kg tengah tengah empangan Kolam kelisa Pecah..