Nurul Izzah disahkan positif Covid-19

Nurul Izzah 20181231112743 theedgemarkets

Nurul Izzah disahkan positif Covid-19.  Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izaah Anwar yang mengesahkan beliau positif Covid-19 hari ini telah menjalani kuarantin kendiri sejak Ahad lalu.

Katanya, selain daripada simptom ringan biasa iaitu lesu, hidung berair dan sakit otot serta sendi beliau berada dalam keadaan baik.

“Saya telah menerima ujian laporan PCR yg menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri semenjak 6 Februari; kami akan meneruskan (HSO) & usaha terbaik bagi melindungi Safiyah (anak),” katanya menerusi akaun Twitter, hari ini.

Tambah beliau, Covid-19 ternyata bukan situasi yang mudah untuk ditempuhi dan adalah penting seseorang terus dilindungi menerusi vaksinasi.

Menurut Nurul Izzah, beliau sekeluarga telah melengkapkan vaksinasi dan berharap rakyat negara ini dapat diberi tahap perlindungan yang sama.

Jelasnya, beliau telah mengemaskini status harian menerusi MySejahtera termasuk video latihan pernafasan dan penggunaan oksimeter yang betul.

Baca lagi:

Kisah disebalik tauke Cina suami isteri bina surau khas untuk pengunjung mall solat

Doktor kongsi 5 langkah mengurangkan rasa sakit lepas booster

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.