Nonny Nadirah buka baju depan kamera sambil botakkan kepala. Dunia hiburan dikejutkan dengan tindakan pelakon Nonny Nadirah membuka baju dan mencukur rambutnya sehingga botak, yang menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.
Video tersebut dimuat naik melalui akaun Instagramnya malam tadi tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik tindakannya. Kapsyen yang disertakan hanya ringkas ‘Twinnies’.
Ruangan komen pada hantaran itu turut ditutup, menimbulkan tanda tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku pada selebriti yang lahir di Sabah ini.
Sebelum ini, media pernah melaporkan Nonny menjadi mangsa sihir yang menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan. Namun, selepas menerima rawatan, kesihatannya kembali pulih.
Selain itu, Nonny juga pernah mengaku dia tidak lagi bertudung dan mendakwa kehidupannya tidak tenteram kerana diganggu oleh seseorang, tetapi tidak dinyatakan siapa individu yang dimaksudkan itu.
View this post on Instagram