Nombor plat khas kenderaan Elektrik ‘EV 8055’ dibida dengan harga RM15,800

Photo of author

By Joe

Nombor plat khas kenderaan Elektrik ‘EV 8055’ dibida dengan harga RM15,800. Pada 9 September lalu, JPJ telah membuka bidaan nombor plat ‘EV’ yang khusus untuk kenderaan elektrik sepenuhnya.

Bidaan berlangsung melalui sistem dalam talian JPJeBID dari 9 hingga 13 September, di mana bakal pembeli EV boleh membida nombor pilihan mereka.

Dalam proses bidaan JPJeBID, terdapat banyak nombor popular yang biasanya bersaing sengit, seperti nombor satu digit dengan bidaan bermula dari RM20,000, dan nombor premium dua digit yang perlu dibida bermula dari RM5,000.

Nombor plat khas kenderaan Elektrik 'EV 8055' dibida dengan harga RM15,800

Nombor ‘8055’ merupakan nombor yang popular kerana bentuknya menyerupai ‘BOSS’, menarik minat ramai dan bidaan untuk nombor ini bermula dari RM500.
Begitu juga dengan nombor ‘805’ yang membawa bentuk huruf ‘BOS’, tergolong dalam kategori nombor popular dengan bidaan yang turut bermula pada harga RM500.

Selepas bidaan tamat, sistem JPJeBID turut menyenaraikan carian pemenang agar anda mengetahui nilai yang sanggup dibayar untuk sesuatu nombor.

Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga RM15,800, manakala nombor plat EV 805 berjaya dibida pada harga RM4,001.

Satu lagi nombor yang mungkin popular di kalangan penggemar teknologi adalah 1337, yang membawa maksud ‘leet’, iaitu kependekan bagi perkataan ‘Elite’ yang bermaksud elit. Nombor 1337 berjaya dibida pada harga RM995 walaupun ia hanya nombor semasa, dengan bidaan bermula dari RM350.

Nombor-nombor yang berjaya dibida ini perlu didaftarkan dalam tempoh setahun. Untuk nombor plat kenderaan elektrik akan datang, siri yang akan digunakan adalah EV _ A, EV _ B dan seterusnya.

Kesemua nombor yang berjaya dibida tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya dan juga tidak dibenarkan untuk kenderaan hibrid. Selain itu, kumpulan nombor plat EV ini akan mula menggunakan Plat Pendaftaran Elektronik JPJePlate sebaik sahaja ia didaftarkan kepada kereta elektrik baharu untuk digunakan di jalan raya.

Baca Lagi:
Kenalpasti tahap kesihatan badan mengikut warna air kencing, ini caranya
Lelaki kejar bekas isteri dengan pisau di hari pernikahan
Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah haji Malaysia!