Noh Omar pula letak jawatan

Noh Omar pula letak jawatan

Noh Omar pula letak jawatan. “Sebagai pengerusi perhubungan Selangor, saya dilantik oleh presiden, tapi saya lihat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), presiden sudah hilang kepercayaan kepada saya.

“Sebagai pengerusi perhubungan, saya pun tidak dipanggil berbincang, digugurkan sebagai calon, saya tak kecil hati digugurkan, tapi cara saya digugurkan itu seperti presiden tidak menghargai apa yang saya buat selama ini.

“Bukan saja presiden tak percaya kepada saya, saya pun sudah hilang kepercayaan kepada presiden,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno di ibu pejabat parti itu.

Noh turut mengulangi gesaan pihak lain dalam parti yang meminta Zahid berundur susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Noh Omar pula letak jawatan

Katanya, sebagai presiden parti, Zahid perlu mencontohi tindakan Najib Razak yang melepaskan jawatannya selepas BN kalah pada PRU14.

“Biarlah orang baharu yang menguruskan Umno ini. Sebagai presiden parti, dia menang pun 300 lebih undi majoriti saja. Saya cakap dalam mesyuarat Biro Politik tadi, kalau berjiwa besar letak jawatan.”

Noh bagaimanapun masih memegang jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan akan menghadiri mesyuarat seperti biasa.

Baca Lagi:
Terkini: Zahid Hamidi sedia letak jawatan Presiden Umno?
Serah nama calon PM sebelum 2 petang esok – Istana Negara
Muhyiddin calon paling hampir jadi jadi PM10 berbanding Anwar?
CATEGORIES