“Niat nak support peniaga kecil tapi ini balasan saya dapat?”- Pelanggan kecewa dapat nasi lemak ikan bilis 3 ekor

Photo of author

By Joe

“Niat nak support peniaga kecil tapi ini balasan saya dapat?”- Pelanggan kecewa dapat nasi lemak ikan bilis 3 ekor. Ternyata masih ada peniaga nasi lemak yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan mengenakan caj RM4 tanpa mengambil kira kualiti makanan yang dijual.

Menurut mStar, seorang pelanggan telah berkongsi kisahnya di laman sosial Facebook mengenai pengalaman kecewanya membeli nasi lemak berharga RM4 di sebuah gerai.

Beliau merasakan nasi lemak yang dibelinya tidak sepadan dengan harga yang dipatok.

"Niat nak support peniaga kecil tapi ini balasan saya dapat?"- Pelanggan kecewa dapat nasi lemak ikan bilis 3 ekor

“Kisah lucu pagi ini, niat nak sokong peniaga kecil tapi ini yang saya dapat? RM4 dapat ikan bilis tiga ekor, kacang sebiji setengah, dua hirisan timun, telur rebus pun tak ada langsung. Minta sambal nasi lemak tak ada, katanya nasi lemak dia ‘versi lain’ jadi terpaksa minta sambal dari lauk lain,” luahnya.

Bagi pelanggan ini, beliau sebenarnya sering membeli di gerai kegemarannya iaitu Abang Mat.

Namun, pada hari tersebut, dia memutuskan untuk membeli di gerai lain bagi membantu peniaga lain.

Lebih mengecewakan, harga telur mata yang dijual pada harga RM2 membuatkan harga nasi lemak yang ditempahnya mencatatkan jumlah RM6.

“Saya faham harga barang mentah naik, peniaga mungkin terpaksa naikkan harga jualan tetapi tak masuk akal kalau jual nasi lemak tak lengkap. Sambal pun tak ada, telur rebus pun tak ada walaupun secubit. Mahal tak mengapa jika semua lengkap, tapi nasi lemak tak lengkap itu yang membuatkan saya kecewa,” jelasnya.

Walaupun kecewa dengan perkhidmatan dan makanan yang dijual, dia tetap mendoakan agar peniaga berkenaan terus berjaya dalam dunia perniagaan.

Membaca komen-komen netizen, ramai turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah peniaga yang tidak mengambil berat tentang kepuasan pelanggan.

Ada yang berpendapat bahawa peniaga seharusnya lebih murah hati dalam menyediakan lebih banyak kacang, ikan bilis, dan sambal untuk membuat pelanggan gembira dan mungkin mereka akan kembali untuk membeli lagi.

Walaupun begitu, pelanggan tersebut tidak mengungkapkan nama atau lokasi gerai nasi lemak yang dibelinya.

Baca Lagi:
Penumpang tunggal terselamat dari 153 penumpang maut nahas pesawat terhempas di Lautan Hindi
Tak pernah dibuat orang, YouTuber pasang GoPro dalam tayar kereta, sekali ini yang terjadi
“Jangan salahkan aku cari lain! Cuba cermin diri kau, tak lawa langsung”