“Ni US ke Malaysia ni?” – Pelanggan terkejut ditegur guna bahasa Melayu ketika tempah makanan

Photo of author

By Joe

“Ni US ke Malaysia ni?” – Pelanggan terkejut ditegur guna bahasa Melayu ketika tempah makanan. Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya yang agak mengejutkan semasa makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur apabila beliau telah ditegur oleh seorang pelayan restoran kerana memesan makanan dalam Bahasa Melayu.

Kejadian ini telah mencetuskan perbincangan di kalangan pengguna Threads tentang betapa pentingnya mengekalkan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian, terutamanya di negara sendiri.

Ditegur Kerana Bercakap Bahasa Melayu

“Ni US ke Malaysia ni?” - Pelanggan terkejut ditegur guna bahasa Melayu ketika tempah makanan
Gambar hiasan

Dalam kisahnya, beliau telah memesan makanan dalam Bahasa Melayu, tetapi pelayan restoran tersebut memintanya bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan alasan tidak memahami pesanannya.

“Boleh cakap Bahasa Inggeris? Saya tak faham cakap awak,” kata pelayan tersebut.

Kejadian ini membuatkan beliau terkejut dan tertanya-tanya, “Ini US ke Malaysia ni?”

Walaupun beliau menganggap bahawa pelayan tersebut mungkin baru di Malaysia dan belum fasih berbahasa Melayu, nada suara pelayan itu membuatkan beliau rasa seperti ingin bergaduh.

Suaminya juga terkejut dengan kejadian tersebut.

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman serupa di restoran mamak yang baru dibuka, di mana pelayan dari India masih belajar berbahasa Melayu.

Netizen lain pula memberikan komen yang cukup menusuk, “We speak English because we can speak English. You speak English because you can only speak English. We are not the same and don’t drag us to your level.”

Manakala netizen lain pula menegaskan kepentingan bahasa sebagai identiti negara.

“Salah satu taktik perang untuk menghapuskan sesebuah negara adalah dengan menghilangkan bahasa dan matawangnya,” katanya, sambil memberikan contoh situasi di negara bergolak.

Kejadian ini adalah satu peringatan tentang betapa pentingnya mengekalkan dan menghargai bahasa ibunda kita.

Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga identiti dan warisan budaya yang perlu dipelihara.

Baca Lagi:
Selepas kena usik dengan PMX, Syed Saddiq akhirnya ‘Mengaku’ Bella adalah miliknya
Masjid Putra Nilai sedia khidmat ‘Nurseri Ramadan’ buat para jemaah yang bawa anak kecil
“Kadang tak menjadi sebab ‘senjata’ tak hidup” – Isteri kecewa dapat tahu suami bernafsu songsang