“Ni real bukan edit”- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut

Photo of author

By Joe

“Ni real bukan edit”- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut. Berada di lautan memberikan pelbagai pengalaman yang berbeza memandangkan kebanyakan manusia hidup di daratan. Pelbagai kejadian menakutkan seperti laut bergelora, angin kencang, ribut petir, dan belalai air boleh berlaku tanpa kita sedari.

Kejadian-kejadian seperti ini pasti mendatangkan kerisauan bagi mereka yang tidak pernah menghadapinya, dan perkongsian video atau gambar tentang kejadian-kejadian ini sering mendapat perhatian orang ramai.

Mungkin ada yang bimbang, takut, atau sekadar ingin tahu. Malah, ada juga yang teruja dapat melihat kejadian alam di tengah laut ini.

"Ni real bukan edit"- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut

Begitulah yang dapat menggambarkan perasaan seorang pekerja kapal dipercayai dari Indonesia yang berkongsi video tentang kejadian belalai air di laman TikTok miliknya, @aristapandora. Walaupun ada rasa takut, bibit keterujaan turut dirasai apabila dia berpeluang melihat kejadian ini dari jarak yang begitu dekat.

“Rasa takut dan gembira bersatu,” katanya. Kejadian tersebut turut menarik perhatian ramai anak kapal.

Gabungan pusaran air yang tinggi dengan langit yang dilitupi awan gelap sememangnya mencipta suasana yang agak menakutkan. Mungkin disebabkan saiz kapal yang besar, pusaran air tersebut kelihatan kecil dari jauh. Namun, saiz belalai air itu dapat dilihat dengan jelas dan dibandingkan dengan saiz kapal apabila kedua-dua kapal dan pusaran semakin mendekati antara satu sama lain.

Walaupun dari jauh pusaran tersebut kelihatan padat, dari jarak dekat, ia tampak seperti titisan-titisan air hujan renyai dengan bahagian bawahnya kelihatan seperti mempunyai alas piring. Ombak kecil turut terhasil, bertembung dengan ombak yang dihasilkan dari pergerakan kapal.

Bagaimana belalai air boleh berlaku?

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), belalai air sebenarnya adalah salah satu bentuk puting beliung yang berlaku di atas permukaan laut. Berbeza dengan puting beliung yang terbentuk dari awan dan memanjang ke darat, belalai air terbentuk apabila pusaran ini naik dari permukaan laut ke awan.

Pusaran ini kemudian bersambung dengan awan Kumulus atau Kumulonimbus, menurut perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia.

Terdapat lima peringkat sebelum belalai air terbentuk. Ia bermula dengan kemunculan cakera bulat berwarna terang di permukaan air. Cakera ini dikelilingi oleh kawasan gelap yang lebih besar dan bentuk rawak. Kejadian ini digelar titik gelap.

Selepas itu, jalur-jalur berwarna terang dan gelap mula membentuk lingkaran di atas permukaan air yang keluar dari titik gelap. Pada peringkat ini, lingkaran semburan air laut yang padat, dikenali sebagai lata (cascade), muncul di sekeliling titik gelap. Kejadian ini serupa dengan mata taufan.

@aristapandora Feelings of fear and happiness mixed into one expression 🌪️#pelautpunyacerita #pelautindonesia ♬ suara asli – 𝙎𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞≋

"Ni real bukan edit"- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut

Dari situ, semburan air mula meninggi, membentuk pusaran yang semakin naik ke awan. Pada ketika ini, udara panas mula menyejuk dan berlaku proses kondensasi wap air. Ini seterusnya membentuk corong awan. Ketinggian pusaran ini boleh melebihi beberapa ratus kaki dari permukaan laut.

Kelajuan belalai air kebiasaannya tidak melebihi 150 kilometer sejam. Disebabkan saiznya yang kecil iaitu kurang dari 50 meter dan tempoh kejadiannya yang singkat, kehadirannya sukar diramal.

Walaupun belalai air tidak kelihatan seperti ia boleh mendatangkan bahaya, orang ramai yang berada di laut dinasihatkan untuk berhati-hati.

Baca Lagi:
Petanda PAS bakal terkubur di Kelantan, BN menang besar PRK DUN Nenggiri
Malaysia dinobatkan sebagai negara terbaik untuk warga asing
Jangan pandu laju! Ini senarai lokasi kamera AwAS di lebuhraya & lampu isyarat