Netizen terkejut tengok penampilan Bella Astillah semakin seksi – Apa sudah jadi?

Netizen terkejut tengok penampilan Bella Astillah semakin seksi - Apa sudah jadi?

Netizen terkejut tengok penampilan Bella Astillah semakin seksi – Apa sudah jadi? Dikatakan imej bertentangan dengan penghijrahan suami, Aliff Aziz, penyanyi Bella Astillah terbuka menerima teguran netizen mengenai pemakaiannya yang didakwa semakin seksi sejak akhir-akhir ini.

Malah, pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu turut mengakui pemakaiannya yang dikatakan seksi adalah kesilapannya sendiri.

“Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Netizen terkejut tengok penampilan Bella Astillah semakin seksi - Apa sudah jadi?

Tambah pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu lagi, perubahan hidup yang dilalui suaminya turut membawa dia ke arah kebaikan.

“Untuk perubahan Alif, memang saya bersyukur dan sedikit sebanyak memang banyak belajar daripada dia.

“Dia banyak bagi nasihat untuk banyak perkara dan tidaklah letak sebarang syarat tetapi perubahan dia memang buatkan saya untuk ikut sekali.

“Semuanya ke arah kebaikan, teruskan berdoa untuk saya,” ujarnya.

Baru-baru ini, penampilan Bella menjadi bualan netizen apabila dikatakan kerap tampil dengan imej yang dilihat kurang sesuai dengan perubahan suaminya iaitu lebih Islamik.

Sementara, Aliff yang sering terpalit kontroversi meraih pujian ramai sejak tahun lalu apabila dilihat aktif terlibat dengan majlis dan kelas keagamaan untuk menjadi insan lebih baik.

Sebagai info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum dikurniakan sepasang cahaya mata iitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Baca Lagi:
Jangan sesekali ‘laminate’ geran tanah kalau tidak mahu menyesal di kemudian hari
Tekanan dengan mak kandung dan ayah tiri, akhirnya perbuatan aku ‘makan diri’
55 senarai nama sekolah paling pelik & kelakar di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *