Netizen terkejut ‘selipar jamban’ dijual dengan harga RM5,000. Biasanya, kita akan mengenakan selipar jika pergi ke tempat yang tidak memerlukan banyak berjalan dan bersantai sahaja.
Ini kerana lebih mudah dan lebih ringan. Selain itu, penggunaan selipar juga lebih selesa dan menyediakan ventilasi yang baik untuk kaki kita.
Namun, pemilihan selipar haruslah disesuaikan dengan tempat dan tujuan kita. Terdapat pelbagai jenis corak dan bentuk selipar yang boleh dilihat di pasaran pada masa kini. Di Malaysia, selipar getah biasanya dijual dengan harga yang lebih murah berbanding selipar biasa.
Namun, situasinya berbeza di Arab Saudi, di mana selipar jenis ‘jamban’ dijual dengan harga yang tinggi di sana.
Selipar tersebut dipaparkan dengan eksklusif dalam rak kaca.
Dalam video yang dikongsi, kita boleh melihat selipar getah itu diambil daripada rak kaca untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Terdapat peningkatan trend penggunaan selipar ini di kalangan penduduk sana. Harganya dijual pada 4,500 Riyals, setara dengan RM5,609.
We Malaysians use these sandals as a toilet footwear.. 🤔pic.twitter.com/bG1QeaveJ6
— JaIalMisai (@jllmisai) July 16, 2024
Video tersebut mendapat banyak reaksi dari orang yang memberikan komen mereka mengenai selipar tersebut.