Netizen terkejut selepas temui FB anak yang mati tinggal rangka dalam rumah

Photo of author

By Joe

Netizen terkejut selepas temui FB anak yang mati tinggal rangka dalam rumah. Di sebalik penemuan rangka dua beranak, Indah Hayati, 55, dan Elia Immanuel, 24, yang dijumpai dalam sebuah rumah terbiar pada 29 Julai lalu, pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh mereka benar-benar mengundang rasa hiba ramai.

Tulisan tangan di atas dinding yang ditujukan kepada Mudjoyo Tjandra itu penuh dengan luahan rasa kecewa terhadap suami dan ayah yang dianggap gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Apa impian yang kau harap tercapai? Bersatu semula dengan keluarga saya.”

Netizen terkejut selepas temui FB anak yang mati tinggal rangka dalam rumah

Dalam pada itu, netizen berjaya menemui akaun Facebook Elia yang memaparkan posting lama yang masih boleh dibaca. Menerusi tinjauan terperinci ke akaun berkenaan, pada tahun 2016, Elia banyak menulis hantaran sedih mengenang nasib dirinya yang kelihatan seperti menanggung ujian berat.

Menurut anggaran kasar, ketika itu pemuda berkenaan mungkin baru berusia 17 atau 18 tahun.

“Sesuatu yang saya sesali adalah… Dilahirkan ke dunia ini… Hidup di dunia lebih menyakitkan.”

Netizen terkejut selepas temui FB anak yang mati tinggal rangka dalam rumah

Tidak berhenti di situ, coretan sedih Elia terus berlarutan sehingga bulan Oktober 2018. Dalam hantaran-hantarannya, dia banyak menekankan rasa terkilan terhadap sikap ayahnya yang dianggap tidak bertanggungjawab serta betapa dia membenci kehidupannya sendiri.

Pada 2 Oktober 2018, Elia memuat naik gambar dengan tulisan “Goodbye”.

Pendek kata, pemuda ini memang aktif memuat naik status di Facebooknya. Namun, semua aktiviti tersebut terhenti pada hantaran bertarikh 11 Oktober 2018, yang memaparkan gambar dirinya berjalan seorang diri di sebuah pusat membeli-belah. Seperti yang diberitakan sebelum ini, bapanya meninggalkan rumah mereka pada tahun 2014.

Netizen terkejut selepas temui FB anak yang mati tinggal rangka dalam rumah

Baca Lagi:
Wanita pertama dalam Malaysia genggam PHD pada usia 82 tahun
“Susuk ni sampai ke mati tak boleh buang”- Pemandi jenazah kongsi kisah mayat pakai susuk buat ramai meremang
Bekas perunding Quantum Metal akhirnya buka mulut selepas jawatan dilucutkan